Duta Besar Malaysia Berucap pada Majlis Konvokesyen BFSU

2024-06-28 14:04:41  CRI
Share with:


TYT Dato' Norman Muhamad, Duta Besar Malaysia ke Republik Rakyat China telah diberi penghormatan oleh Beijing Foreign Studies University (BFSU) untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Konvokesyen universiti tersebut, hari ini.

 

Uniknya, ucapan Dato' Norman itu adalah yang julung-julung kali disampaikan dalam bahasa Melayu dan disaksikan hampir 3,000 graduan pelbagai bidang yang menamatkan pengajian masing-masing di BFSU.

 

BFSU telah mengasaskan program Pengajian Bahasa Melayu di China sejak tahun 1961, dan penempatan Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China bermula tahun 2007. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia telah mengiktiraf BFSU sebagai Pangkalan Pengembangan Bahasa Melayu di Republik Rakyat China pada tahun 2014.

 

Dato' Norman dalam ucapan beliau, memaklumkan sebanyak 17 buah institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh China sedang menawarkan pembelajaran bahasa Melayu. Beliau turut berterima kasih kepada negara China atas keyakinan terhadap sistem pendidikan Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi menyambung p

 

Beliau turut menggalakkan agar program pertukaran pelajar menerusi program "edutourism" atau pelancongan pendidikan dipergiat sebagai satu inisiatif yang baik, menyokong usaha kedua-dua negara dalam menggalakkan pertukaran belia.


Dato' Norman antara lain menekankan bahawa bahasa dan budaya bukan sahaja perlu dipelajari secara teori, tetapi juga perlu didalami dan dihayati menerusi pengalaman.

 

Beliau menjelaskan bahawa dunia ketika ini berdepan dengan pelbagai cabaran dan isu global, maka pegangan prinsip "Excellence with a Soul" amat penting dalam membina daya tahan negara dan serantau, serta pembentukan dasar yang mampan. Mahasiswa bukan hanya bersandar pada kecemerlangan akademik semata-mata, sebaliknya perlu diimbangi dengan aspek sahsiah dan semangat untuk bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta berkongsi kepakaran demi menjadikan dunia lebih baik, selari dengan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan yang digagaskan oleh Presiden Xi Jinping.