Ekopelancongan di Padang Rumput Bashang Semakin Hangat

2024-06-28 11:57:31  cri
Share with:

Pemandangan yang indah, aktiviti kebudayaan dan pelancongan yang berwarna-warni serta iklim yang sejuk dan menyenangkan semasa musim panas ketika ini, merupakan antara faktor-faktor yang menjadikan Padang Rumput Bashang sebagai salah satu lokasi tumpuan pelancong di kaunti autonomi Fengning yang berpenduduk etnik Manchu di provinsi Hebei yang kaya dengan sumber air dan rumput. 

Perkembangan industri ekopelancongan di kaunti Fengning pada tahun-tahun kebelakangan ini yang merupakan sebahagian dalam pelaksanaan skim pembangunan desa, tidak terlepas dari wujudnya ekologi alam sekitar yang baik, kemudahan akses jalan raya, peningkatan penyelarasan dengan sektor kebudayaan, penaiktarafan kemudahan infrastruktur dan peningkatan kualiti perkhidmatan.