Kerjasama Malaysia-China Berpotensi Besar

2024-06-28 14:08:22  CRI
Share with:

Malaysia dan China selaku rakan kongsi ikhlas, akan terus membina hubungan bilateral yang lebih kukuh dan lebih berdaya tahan.


Demikian dinyatakan Menteri Ekonomi Malaysia Rafizi Ramli yang berada di bandar Dalian, timur laut China untuk menghadiri Forum Davos Musim Panas 2024.


Beliau turut menyeru supaya syarikat pengeluar kenderaan tenaga baharu (NEV) China terus merebut peluang menembusi pasaran Malaysia.