Dari "Jawapan Sejarah" ke "Jawapan Sezaman", Kebertanggungjawapan China Tak Pernah Putus

2024-06-29 15:55:01  CRI
Share with:

Tujuh puluh tahun yang lalu, gerakan kemerdekaan dan pembebasan kebangsaan banyak muncul di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Negara-negara yang baru ditubuhkan itu mempunyai aspirasi tinggi untuk menjaga kedaulatan negara dan membangunkan ekonomi masing-masing. 


Pada masa itu, pemimpin China dengan julung-julung kalinya menganjurkan "Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai", memberikan "jawapan sejarah" mengenai cara mengendalikan hubungan sesama negara.


Pada masa ini, dunia mengalami perubahan yang tidak pernah berlaku dalam seratus tahun lalu. Berdepan persoalan "membina dunia seperti mana, dan bagaimana membangunkan dunia ini"? China sekali lagi memberi "jawapan sezaman", iaitu komuniti berkongsi nasib sesama insan.


Dari "jawapan sejarah" ke "jawapan sezaman", apa yang berubah adalah situasi dan pola antarabangsa, namun yang tidak berubah adalah penerokaan inovatif China terhadap hubungan sesama negara, komitmennya terhadap keamanan dan pembangunan dunia, dan usahanya yang tidak henti-henti terhadap orde antarabangsa yang adil dan munasabah.

Presiden China, Xi Jinping menghadiri Perhimpunan Memperingati Ulang Tahun ke-70 "Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai" yang diadakan di Beijing pada Jummat dan menyampaikan ucapan penting. 


Beliau secara komprehensif menjelaskan konotasi rohani dan nilai sezaman "Lima Prinsip" itu dan menegaskan bahawa membina komuniti berkongsi nasib sesama insan adalah pewarisan dan kesinambungan terbaik kepada "Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai" pada situasi baharu.


Menurut beliau, konsep ini telah berkembang dari insiatif China ke konsensus komuniti antarabangsa, dan sedang mendorong dunia ini menuju ke masa depan yang lebih makmur dan maju.


Beliau juga menekankan pentingnya untuk menegakkan prinsip kedaulatan sama rata, menyatukan asas saling menghormati, merealisasikan visi keamanan dan keselamatan, mengumpulkan momentum untuk membina kemakmuran bersama, mengobarkan kesaksamaan dan keadilan, dan berjiwa terbuka dan inklusif. 


"Enam cadangan" tersebut bukan sahaja mencerminkan intipati "Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai", tetapi juga membawa konotasi baharu.


Seperti yang dinyatakan Presiden Xi bahawa "berdepan dengan pilihan mahu keamanan atau peperangan, kemakmuran atau kemunduran, perpaduan atau konfrontasi, adalah lebih mustahak bagi kita untuk menyemarakkan semangat 'Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai' dan berusaha gigih menuju ke arah komuniti berkongsi nasib sesama insan".