Koleksi Bahan Mengenai Pencerobohan Jepun akan Diterbitkan

2024-06-29 14:58:11  CRI
Share with:

"Arkib Perhubungan Institut Penyelidikan Noborito Tentera Darat" yang disusun oleh ahli sejarah Jepun, Seiya Matsuno akan diterbitkan pada 7 Julai. 


Beliau dalam sidang akhbar pada hari ini berkata, koleksi bahan-bahan mengenai tindakan pencerobohan tentera Jepun itu akan dicetak oleh Fuji Publishing House.


Ahli sejarah itu menjelaskan bahawa pengumpulan dan penyusunan bahan-bahan buku itu mengambil masa selama lima tahun. 


Buku itu mengandungi sejumlah besar fakta sejarah yang membuktikan jenayah yang dilakukan oleh tentera penceroboh Jepun. Ia juga bukti sejarah penting bagi "peperangan ekonomi" yang dilancarkan oleh tentera penceroboh Jepun terhadap China.