Bersiap Siaga pada Banjir di Kampung Bersejarah
2024-06-29 09:02:55 CRI



Bandar Huangshan di provinsi Anhui telah dilanda banjir akibat hujan lebat baru-baru ini. Pihak berkuasa tempatan di kampung Chengkan daerah Huizhou di bawah pentadbiran bandar itu bertindak pantas mengambil pelbagai langkah untuk menghadapi hujan lebat yang akan datang, misalnya membantu penduduk awam berpindah ke tempat yang selamat, menutup tapak peranginan dan membuat timbunan pelindung dengan menggunakan guni pasir.

