Seorang Remaja Keturunan Asia Dibunuh Polis AS

2024-06-30 15:08:19  CRI
Share with:

Satu kes tembakan berlaku di kawasan utara negeri New York, Amerika Syarikat (AS) pada malam 28 Jun waktu tempatan, apabila seorang pegawai polis menembak mati seorang remaja keturunan Asia berusia 13 tahun.


Ketua Polis Utica negeri New York, Mark Williams berkata pegawai polis memberhentikan dua remaja, salah seorang remaja cuba melarikan diri dan menunjuk pistol replika ke arah pegawai polis bertugas.


Seorang pegawai polis melepaskan tembakan ke arah remaja terbabit dalam pergaduhan, mengakibatkan mangsa itu meninggal dunia kerana parah selepas dibawa ke hospital.

Selepas kejadian itu berlaku, polis menemui sepucuk pistol replika di tempat kejadian. 


Pihak polis mendakwa akan mengeluarkan laporan penyiasatan dalam beberapa hari akan datang.