Melancong Rentas Sempadan dengan Memandu Kian Popular di Xinjiang

2024-06-30 14:57:50  CRI
Share with:

Seiring dengan tibanya musim pelancongan di wilayah Xinjiang, melancong rentas sempadan dengan memandu semakin popular di wilayah itu. 

Baru-baru ini, sebanyak 23 pelancong China kembali ke tanah air melalui pintu masuk Takesh Ken di kawasan sempadan China-Mongolia di kaunti Qinghe, kawasan Altay. 

Mereka memandu kereta melawat ke lebih 10 bandar di empat negara dalam 46 hari dengan perjalanan melebihi 16,000 kilometer. 

Selain itu, pintu masuk Tulogart di kaunti Wuqia, selatan Xinjiang menyambut kepulangan 78 pelancong China yang melancong dengan memandu ke negara asing. 

Pelbagai pintu masuk di kawasan sempadan Xinjiang membuka laluan hijau, menambah kakitangan dan meningkatkan keefisinan untuk memudahkan kemasukan pelancong.

Dari awal tahun ini hingga penghujung Jun, jumlah pelancong yang keluar masuk melalui pintu masuk Tulogart menokok 149 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.