Xi Utus Tahniah kepada Gabenor Jeneral Baharu Australia

2024-07-01 12:02:47  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada Samantha Mostyn yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Gabenor Jeneral Australia pada Isnin.


Xi berkata China dan Australia merupakan rakan kerjasama yang penting bagi satu sama lain. Kedua-dua negara juga anggota penting rantau Asia Pasifik serta kuasa penting dalam proses multipolariti dunia.


Hubungan China-Australia yang berkembang sihat dan stabil bukan sahaja selaras dengan kepentingan asas dan jangka panjang dua negara serta rakyat, malah kondusif bagi keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran rantau dan dunia.


Beliau menyuarakan kesediaan China bersinergi dengan Australia untuk menggerakkan perkongsian strategik komprehensif dua negara ke arah lebih matang, stabil dan berhasil demi limpahan manfaat buat rakyat.