Warga Asing Tunjukkan Kepakaran Seni Tradisional China di Anhui
2024-07-01 09:33:49 CRI
Pertandingan akhir “Warga Asing Menceritakan Kisah Anhui” edisi ke-2 diadakan di Hefei, ibu kota provinsi itu pada 27 Jun.
Warga asing dari pelbagai negara menunjukkan kepakaran masing-masing dalam seni tradisional China seperti Opera Huangmei, Taiji, seni teh dan sebagainya.
Sejak pertandingan kali ini dilancarkan pada Mac lalu, sebanyak 90 warga asing dari 46 negara berdaftar dan 21 orang berjaya mara ke peringkat akhir.