Soal Selidik tentang "Cerita Saya Terkait dengan Pembaharuan China pada Era Baharu"

2024-07-01 16:28:32  CRI
Share with:

Terdapat semakin ramai pelancong asing yang menjejakkan kaki di China dan menunjukkan keterujaan ketika mengembara di negara Tembok Besar ini, setelah dasar bebas visa untuk tempoh transit dalam 72 hingga 144 jam dikuatkuasakan China untuk semakin banyak negara. Sehubung itu, topik-topik yang dilabelkan "China Travel" atau "Kembara di China dalam batas waktu 144 Jam" dari blogger seberang laut menjadi viral dalam dunia siber kebelakangan ini.

Berikanlah komen atau kongsikanlah gambar atau klip video tentang pengalaman anda di China.

Soalan Pertama: Adakah anda pernah melawat China? Apakah tanggapan anda terhadap China? Adakah anda berancang datang ke China? Silalah berkongsi dengan kami tentang cerita anda di China.

Soalan Kedua: Baru-baru ini, China terus memperkenalkan pelbagai langkah memudahkan lawatan orang asing ke negara ini, termasuk memanjangkan senarai negara asing yang boleh menikmati dasar bebas visa, meringkaskan prosedur imigrasi serta memudahkan perkhidmatan pembayaran untuk pengembara asing. Kongsikanlah pengalaman anda di China.

Soalan Ketiga: Pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka secara komprehensif merupakan petua China dalam mencapai kemajuan yang sejajar dengan arus zaman, terutamanya dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, kebudayaan, kemasyarakatan dan ekologi. Di mata anda, apa perubahan yang sudah berlaku di China pada sedekad yang lalu?

Soalan Keempat: China menyifatkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka secara komprehensif sebagai penggerak asas bagi mendorong modenisasi ala China. Apa komen dan harapan anda terhadap pendekatan negara sendiri dalam memperjuangkan matlamat modenisasi?