Hantaran Kargo Rel China-Laos Catat Rekod Baharu

2024-07-01 16:51:43  CRI
Share with:

Barangan import dan eksport yang dihantar menggunakan rel China-Laos melalui Jabatan Kastam Kunming mencecah 2.76 juta tan pada setengah pertama tahun 2024, dengan nilai keseluruhan sebanyak 9.26 bilion yuan (RM6 bilion).


Dua angka itu masing-masing menokok 28.6 peratus dan 61.5 peratus dari tahun ke tahun, sekali gus mencatat rekod paling tinggi dalam sejarah.


Untuk rekod, hantaran barangan import dan eksport menerusi perkhidmatan rel China-Laos melepasi 9 juta tan dengan nilainya melebihi 37 bilion yuan (RM24 bilion) sejak beroperasinya landasan kereta api berkenaan.