Dokumentari Arahan CMG Disiarkan di Tajikistan
Lebih sepuluh dokumentari arahan Kumpulan Media China (CMG) termasuk “Encounter With Xi Jinping”disiarkan menerusi media arus perdana Tajikistan menjelang lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke negara itu.
Majlis pelancaran untuk siaran dokumentari anjuran bersama CMG, agensi berita "Khoval" dan TV Sinamo Tajikistan diadakan di Dushanbe, Tajikistan pada Ahad lalu.
Presiden CMG, Shen Haixiong ketika menyampaikan ucapan menerusi pautan video pada majlis tersebut berkata, Presiden China, Xi Jinping bersama dengan rakan sejawatnya dari Tajikistan, Emomali Rahmon telah menggariskan hala tuju perkembangan hubungan China-Tajikistan, dan juga telah menyediakan peluang baharu untuk memperkukuh persahabatan dan memperkasa kerjasama dalam bidang media kedua-dua negara.
“Majlis pelancaran dokumentari kali ini disifatkan sebagai satu lagi tindakan praktikal untuk melaksanakan hasil yang dilakar dalam pertemuan antara pemimpin China dan Tajikistan bagi mengeratkan hubungan bilateral.
“CMG bersedia untuk memperhebat pertukaran dan kerjasama dengan rakan-rakan media di Tajikistan, dan saling belajar dari kebudayaan masing-masing untuk menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Tajikistan yang menekankan persahabatan turun temurun, berkongsi suka duka, serta mewujudkan situasi saling menguntungkan dan sama menang,” kata beliau.
Lebih sepuluh dokumentari arahan CMG seperti "A Road to Prosperity", "The Call of the Silk Road", dan " Beyond the Mountains", yang akan disiarkan menerusi agensi berita negara "Khoval", TV Sinamo dan pelbagai platform lain di Tajikistan, menumpukan kepada perubahan yang dialami pelbagai tempat China dalam pembangunan sosioekonomi.