Revolusi terhadap Diri Sendiri
1 Julai 2024 menandakan ulang tahun Parti Komunis China (PKC) yang ke-103. Sebagai parti politik yang memerintah secara berturut-turut dalam tempoh masa yang paling panjang dalam sejarah dunia moden, PKC telah memerintah selama 75 tahun sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada 1949.
Menurut teori yang terkandung dalam fahaman Marx yang dibawa ke China pada seratus tahun yang lalu, tibalah masa berlaku "revolusi sosial" apabila hubungan pengeluaran tidak lagi selaras dengan pembangunan daya pengeluaran.
Menurut pandangan Karl Marx dan Friedrich Engels yang termaktub dalam karya mereka, "Bagi sesebuah pertubuhan politik yang sudah menggulingkan kelas pemerintah, hanya dengan melakukan pembersihan terhadap diri sendiri terlebih dahulu dan membuang yang kotor, barulah dapat tidak mengkhianati mandat untuk membina semula masyarakat terbabit."
Oleh itu, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping mengemukakan teori asas tentang pembinaan PKC untuk era baharu, iaitu "revolusi PKC terhadap diri sendiri " berdasarkan kombinasi prinsip asas yang terkandung dalam fahaman Marx dengan ekosistem semasa China dan kebudayaan tradisional yang cemerlang. Teori tersebut turut dianggap sebagai garis panduan China untuk memperjuangkan matlamat merealisasikan ketenteraman negara dan keluar daripada kitaran sejarah yang sudah lazim bagi suatu parti pemerintah, iaitu "Tempoh Kemakmuran-Kemerosotan-Pemerintahan-Pergolakan".
Xi memberi penerangan yang jelas terhadap pentafsiran dan makna yang dibawa setiap bahagian dalam teori tersebut, iaitu pembersihan terhadap diri sendiri--detoksifikasi tumor; penyempurnaan terhadap diri sendiri--memperbaiki kelemahan; pembaharuan terhadap diri sendiri--menekankan inovasi; peningkatan prestasi perseorangan--mencapai kemajuan.
Sejak menyandang jawatan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi tidak pernah berhenti dalam menyempurnakan sistem kepartian melalui revolusi terhadap diri sendiri, mendorong pengendalian PKC secara ketat, mencetuskan fenomena yang bersih dan menekankan integriti serta disiplin dalam menjalankan tugasan anti-rasuah demi matlamat memimpin PKC dan rakyat seluruh negara memajukan pembangunan negara sosialis yang bercirikan China.