China Kritik Laporan AS Penuh Pembohongan
Kerajaan China melindungi kebebasan beragama mengikut undang-undang dan rakyat semua etnik bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.
Pendirian itu ditegaskan menerusi jurucakap Kementerian Luar Mao Ning menyusuli Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mempertikaikan polisi keagamaan China menerusi Laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa 2023 yang dikeluarkan minggu lalu.
Mao mengkritik laporan AS itu penuh dengan pembohongan dan maklumat palsu serta berunsurkan prejudis dari segi ideologi.
"Ia secara sengaja memburuk-burukkan polisi keagamaan kami (China) dan kami dengan tegas menolaknya,” ujar Mao.
Kini, terdapat hampir 200 juta penganut agama dan lebih daripada 380,000 kakitangan hal ehwal agama di China dengan sebanyak 140,000 tempat ibadat yang berdaftar.