Shanghai Catat Ledakan Pengembara Asing

2024-07-02 14:51:39  CRI
Share with:

Jumlah pengembara yang memasuki China melalui pintu sempadan di lapangan terbang Shanghai dicatat melepasi 8.06 juta pada separuh pertama tahun ini.


Menurut Kastam Shanghai, angka itu meningkat sebanyak 173 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.


Ledakan pengembara asing di bandar raya itu didorong oleh kemudahan bebas visa serta transit tanpa visa selama 72 atau 144 jam yang ditawarkan kepada lebih banyak negara, pertambahan perkhidmatan penerbangan antarabangsa dan lain-lain.