China, Filipina Sepakat Bersinergi Perangi Jenayah Rentas Sempadan
China dan Filipina sepakat memperkasa kerjasama penguatkuasaan undang-undang dalam usaha memerangi jenayah rentas sempadan serta memastikan keselamatan nyawa dan harta rakyat diberi perlindungan lebih efisien.
Kesepakatan itu hasil pertemuan antara Duta Besar China ke Filipina Huang Xilian dengan Setiausaha Eksekutif Presiden Filipina, Lucas Bersamin yang turut mempengerusikan Suruhanjaya Presiden Anti-Jenayah Terancang (PAOCC).
Semasa pertemuan pada Isnin, kedua-dua pihak juga mengimbas kembali kemajuan dicapai agensi penguatkuasa undang-undang kebelakangan ini dalam tindakan bersama membanteras jenayah seperti penculikan dan pembunuhan, penipuan telekomunikasi, pemerdagangan manusia dan sebagainya.