China, Panama Ikrar Kukuh Hubungan, Perkasa Kolaborasi

2024-07-02 14:38:40  CRI
Share with:

Ketua Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) Yu Jianhua, selaku utusan khas Presiden Xi Jinping, menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Panama Jose Raul Mulino di Panama City pada Isnin.


Semasa bertemu Mulino, Yu berkata sejak ikatan diplomatik dijalin tujuh tahun lalu, hubungan China-Panama terus berkembang pesat dengan beroleh hasil memberangsangkan sehingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat dua negara.


China sedia bersinergi dengan Panama untuk mempererat rasa saling percaya dalam bidang politik, memperkasa kerjasama saling untung dan menggerakkan perkembangan berterusan hubungan dua hala.


Sementara itu, Mulino menyatakan pihaknya sudi mempergiat kolaborasi dengan China dalam pelbagai bidang sekali gus melonjakkan hubungan Panama-China ke tahap lebih tinggi.