Pameran Khas “Dialog Tamadun” Anjuran CMG Dilancarkan di Ibu Pejabat PBB

2024-07-03 14:13:45  CRI
Share with:

Pameran Khas “Dialog Tamadun” anjuran Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 1 Julai.


Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapan bertulis menyatakan bahawa sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)  telah meluluskan satu draf resolusi yang diusulkan China untuk menetapkan 10 Jun sebagai Hari Antarabangsa untuk Dialog Tamadun. Perkara itu menunjukkan sepenuhnya bahawa Inisiatif Tamadun Global yang diajukan oleh Presiden China Xi Jinping telah menjana impak sosial yang meluas di persada dunia.


Beliau menyatakan, CMG komited untuk menjadi perakam, pendorong dan pengamal dialog tamadun. Sebagai badan media yang mempunyai projek penyiaran yang terbanyak melalui pembidaan antarabangsa, CMG akan menyajikan siaran program yang menarik dalam senario global tentang Sukan Olimpik 2024 yang akan berlangsung di Paris tidak lama lagi, sekali gus membantu rakyat di seluruh dunia saling mengenali hati budi masing-masing demi peningkatan persefahaman antara tamadun yang berlainan.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric dalam ucapannya merakamkan terima kasih kepada CMG yang meluangkan masa menganjurkan aktiviti “Dialog Tamadun” di ibu pejabat PBB, dan menekankan bahawa badan media memainkan peranan penting semasa berlangsungnya dialog antara tamadun yang berbeza, dan juga merupakan penggiat dalam usaha meningkatkan kebersamaan dan memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat antara pelbagai negara.

Selain Pameran Khas "Dialog Tamadun", yang turut diadakan pada hari itu juga merangkumi "Konsert Dialog Rentas Tamadun", "Pertunjukan Fesyen Unik" yang mempamerkan kepelbagaian tamadun dunia, dan "Pameran Kesenian Antarabangsa".


Sama hadir, Naib Setiausaha Agung PBB, Xu Haoliang, wakil tetap China ke PBB, Fu Cong, perwakilan diplomat dan selebriti dari Armenia, Britain, Perancis, Switzerland, Hungary, Bolivia, Jamaica dan Peru.