Filipina, Pencetus Ketegangan di LCS - Bekas Menteri Luar Singapura
2024-07-03 15:18:39 CRI
Kerajaan Filipina telah mencetuskan ketegangan dalam situasi semasa di terumbu Ren'ai di Laut China Selatan (LCS), ketika melakukan cubaan mahu membaikpulih dan memperkukuh satu kapal perang miliknya yang sudah uzur dan diarahkan sengaja "bersarang" di perairan terbabit.
Demikian dinyatakan bekas Menteri Luar Singapura, George Yong-Boon Yeo dalam wawancara dengan badan media baru-baru ini.