Xi, Tokayev Saksi Pelancaran Pusat Budaya China-Kazakhstan

2024-07-03 17:19:03  CRI
Share with:


Majlis pelancaran Pusat Budaya China-Kazakhstan dan Kampus Universiti Bahasa dan Budaya Beijing di Khazakhstan diadakan pada Rabu, yang diserikan dengan kehadiran Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatannya Kassym-Jomart Tokayev.

Pada hari sama, kedua-dua pemimpin juga menghadiri majlis pembukaan laluan ekspres rentas Laut Caspian China-Eropah menerusi pautan video.