Bersama Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Kazakhstan yang Lebih Berkonotasi: Xi

2024-07-03 17:16:55  CRI
Share with:


Presiden China Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev di Astana, pagi Rabu.


Xi berkata persahabatan China-Kazakhstan berakar dalam Jalan Sutera purba, menyaksikan kerjasama bertambah erat sejak ikatan diplomatik dijalin 32 tahun lalu dan melonjak ke tahap perkongsian strategik komprehensif berkekalan.


Beliau mengulangi bahawa walau apa jua perubahan berlaku dalam situasi antarabangsa, niat asal China mengekalkan persahabatan dengan Kazakhstan serta konsistensi memperkasa kerjasama segenap aspek takkan luntur.


Komitmen China untuk saling menyokong dalam isu melibatkan kepentingan teras satu sama lain serta keyakinan mewujudkan matlamat pembangunan masing-masing juga takkan berubah, tambah Xi.

Xi menzahirkan kesediaan berganding bahu dengan Tokayev ke arah mewujudkan komuniti berkongsi nasib China-Kazakhstan yang lebih berkonotasi dan dinamik, di samping menyuntik lebih banyak tenaga positif kepada pembangunan dan kestabilan rantau dan dunia.