Tinjauan CGTN: 'Semangat Shanghai' Teladan Hubungan Antarabangsa Model Baharu

2024-07-03 12:42:06  CRI
Share with:

Hasil dapatan tinjauan yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) menunjukkan, 92.7 peratus responden melihat 'Semangat Shanghai' sebagai teladan dalam menggerakkan pembinaan hubungan antarabangsa model baharu.


Dalam tinjauan itu, 83.9 peratus responden menghargai pengaruh China dalam Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) selain memuji usaha China menggalakkan pembangunan SCO secara keinstitusian serta menawarkan banyak produk awam antarabangsa termasuk Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). 


Sebanyak 82.8 peratus responden berharap SCO dapat memainkan peranan lebih besar dalam tadbir urus global, aktif bersuara untuk kepentingan negara Selatan Global dan menggerakkan orde antarabangsa ke arah lebih adil dan munasabah.


Tinjauan berkenaan membabitkan penyertaan seramai 13,527 netizen menerusi platform CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia.