Kereta Api Kargo Pertama dari Pelabuhan Tianjin ke Eropah

2024-07-03 20:28:33  CRI
Share with:

Sebuah kereta api yang membawa muatan penuh termasuk komponen kereta, peralatan jentera dan lain-lain berlepas dari Pelabuhan Antarabangsa Tianjin di Daerah Xiqing, Tianjin, menuju ke Moscow, Rusia pada 1 Julai.

Ini adalah kereta api kargo pertama dari pelabuhan darat antarabangsa Tianjin ke Eropah.

Kereta api itu membawa 110 TEU barang seberat 1,129 tan yang bernilai RMB15.06 juta (RM7.53 juta). Kereta api itu memasuki wilayah Rusia melalui Pelabuahan Erenhot dan akhirnya sampai ke Moskow. Perjalanan sejauh lebih 7,800 kilometer dan mengambil masa kira-kira 15 hari.