BRI Jambatan Utama Pembangunan Belia - Pegawai Malaysia

2024-07-03 16:37:32  CRI
Share with:

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) disyor China melangkaui pembinaan infrastruktur dan kerjasama ekonomi, sekali gus menjadi jambatan utama kepada pembangunan belia.


Demikian kata Menteri Belia dan Sukan Malaysia Hannah Yeoh Tseow Suan semasa Forum Belia Laluan Sutera Persidangan Kerjasama Malaysia-China yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.


"Belia hari ini, yang mewakili pemimpin masa depan, harus lebih memahami inisiatif BRI supaya dapat terlibat secara berkesan dalam pembangunan hijau dan mampan," ujar Hannah Yeoh.


Presiden Pusat Kebudayaan Han Malaysia Datuk Goh Hin San berkata forum berkenaan menghimpunkan anak muda dari segenap lapisan masyarakat terutamanya pelajar dan kumpulan belia dari Malaysia dan China, yang diberi peluang untuk berinteraksi dan saling belajar antara satu sama lain.


"Diharap forum ini dapat membantu mempertingkat pertukaran meluas dalam pelbagai bidang antara golongan belia kedua-dua negara," tambah beliau.