Xi, Tokayev Hadir Sesi Bertemu Media

2024-07-04 12:54:27  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menghadiri sesi bertemu media selepas mengadakan rundingan di Istana Presiden di Astana pada Rabu.


Xi menyatakan dua negara akan mengekalkan tradisi sokong-menyokong, terus mengukuhkan rasa saling percaya dalam bidang politik, menggalakkan penyelarasan strategi pembangunan dan melindungi kepentingan teras satu sama lain.


China menyokong penyertaan Kazakhstan dalam mekanisme kerjasama BRICS supaya dapat memainkan peranan sebagai kuasa pertengahan di arena antarabangsa dan menyumbang kepada tadbir urus global.


China dan Kazakhstan merupakan anggota pengasas Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), kata Xi sambil menambah Kazakhstan selaku pengerusi bergilir SCO telah memberikan sumbangan penting dalam memperkasa kolaborasi serantau dan memajukan pertubuhan berkenaan.


Sementara Tokayev berkata negaranya komited terus memperkukuh kerjasama saling untung membabitkan segenap aspek dengan China, dan mengalu-alukan lebih banyak syarikat China datang membuat pelaburan.


Beliau turut meluahkan kesediaan mengukuhkan komunikasi dan koordinasi dengan China dalam kerangka multilateral seperti mekanisme kerjasama China-Asia Tengah, SCO dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).