Xi Hadir Sidang Kemuncak SCO

2024-07-04 17:12:53  CRI
Share with:


Presiden China Xi Jinping hadir menyampaikan ucapan pada sidang ke-24 Majlis Ketua-Ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang berlangsung di Astana, pagi Khamis.


Xi berkata SCO menyaksikan jumlah anggotanya bertambah kepada 10 selepas ditubuhkan pada 23 tahun lalu. 'Keluarga SCO' kini melibatkan 26 buah negara dari tiga benua dengan rakan kongsi semakin banyak serta asas kerjasama lebih kukuh.

Menurut beliau, saat dunia berdepan perubahan makin cepat yang tidak pernah disaksikan dalam tempoh seabad, masyarakat manusia sekali lagi berdiri di persimpangan sejarah. Adalah amat signifikan bagi dunia bahawa SCO berdiri di sisi yang betul dalam sejarah serta kesaksamaan dan keadilan.