Kru Shenzhou-18 Sempurnakan EVA Kali Kedua

2024-07-04 13:08:11  CRI
Share with:

Kru kapal angkasa Shenzhou-18 iaitu Ye Guangfu, Li Cong dan Li Guangsu menyempurnakan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali kedua pada pukul 10.51 malam Rabu.


Dengan sokongan lengan robotik serta ahli penyelidik di Bumi, mereka berjaya memasang alat pelindung serpihan ruang angkasa untuk saluran paip, kabel dan kelengkapan penting di luar stesen angkasa Tiangong, selain menyelesaikan kerja pemeriksaan luar kenderaan.


Difahamkan, misi EVA kali ini dijalankan selama kira-kira enam jam setengah.