Tinjauan CGTN: Majoriti Responden Sokong Pendirian China Berhubung AI

2024-07-04 12:18:59  CRI
Share with:

Hasil dapatan tinjauan yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) menunjukkan, majoriti responden memuji usaha China dalam menggerakkan pembinaan kecerdasan buatan (AI) di peringkat global.

 

Tinjauan dibuat menyasar warganet dunia mendapati, 89.72 peratus responden menghargai pendirian China bahawa pembangunan AI harus mematuhi prinsip berpusatkan manusia dan mengoptimumkan teknologi demi kebaikan umat manusia.

 

Dalam tinjauan itu, sebanyak 87.41 peratus berharap semua negara dapat mengukuhkan kerjasama mengenai pembinaan kapasiti AI, membangunkan dan menggunakan teknologi AI secara sama rata serta berkongsi pengetahuan dan pencapaian AI.

 

Sebanyak 89.4 peratus menyetujui cadangan China bahawa perlunya meningkatkan keberperwakilan dan hak bersuara negara membangun dalam tadbir urus AI global ke arah mewujudkan pembangunan AI yang inklusif, untung bersama dan mampan.

 

Tinjauan berkenaan membabitkan penyertaan seramai 9,481 netizen menerusi platform CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia.