Xi Utus Tahniah kepada Presiden Baharu Majlis Eropah

2024-07-04 15:02:48  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping pada Khamis menyampaikan perutusan tahniah kepada Antonio Costa yang dipilih sebagai Presiden Majlis Eropah.


Xi menyifatkan Eropah sebagai sebahagian penting dalam landskap multipolar, sambil menyatakan China menghargai peranan Kesatuan Eropah (EU) dalam hal ehwal antarabangsa dan komited mengembangkan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua pihak.


Beliau turut meluahkan kesediaan bersama Costa memperdalam komunikasi strategik serta meningkatkan persefahaman dan kesalingpercayaan politik antara China dengan EU, di samping memperluas pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang.


Usaha berkenaan bagi memastikan hubungan China-EU terus berkembang sihat dan stabil sekali gus menyumbang kepada keamanan dan pembangunan dunia, tambah Xi.