China Catat Ledakan Pengembara Asing Separuh Pertama 2024
2024-07-05 15:10:35 CRI
China merekodkan kedatangan seramai 14.635 juta pengembara asing menerusi pintu sempadan serata negara pada separuh pertama 2024, menokok 152.7 peratus tahun ke tahun.
Menurut Pentadbiran Imigresen Negara (NIA), 8.542 juta daripadanya atau 52 peratus menikmati dasar pengecualian visa, menyaksikan lonjakan sebanyak 190.1 peratus.
Diramalkan bilangan pengembara asing ke China akan terus bertambah pada separuh kedua tahun ini.