Xi Berucap pada Mesyuarat SCO+

2024-07-05 12:39:43  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menyeru pihak terbabit agar membina rumah dikongsi bersama yang menampilkan ciri-ciri bersolidariti dan saling percaya, aman dan tenteram, makmur dan maju, kejiranan baik dan muhibah serta adil dan saksama.

 

Beliau membuat kenyataan itu ketika menghadiri mesyuarat diperluas Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) atau dikenali SCO+ di Astana, Kazakhstan pada Khamis.

Xi berkata China mencadangkan kepada negara anggota supaya terus berkongsi pengalaman dalam tadbir urus negara dan merasmikan Forum Parti Politik SCO pada masa yang sesuai.


Menurut beliau, China akan menyediakan sekurang-kurangnya 1,000 peluang latihan berhubung teknologi digital kepada negara anggota SCO dalam tempoh tiga tahun mendatang, selain menjemput 1,000 orang belia dari negara berkenaan menyertai program pertukaran di China dalam tempoh lima tahun akan datang.