Xi Tiba di Dushanbe untuk Lawatan Rasmi ke Tajikistan

2024-07-05 11:43:02  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping tiba di Dushanbe pada malam Khamis untuk memulakan lawatan rasmi ke Tajikistan.


Dalam ucapan bertulis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dushanbe, Xi berkata hubungan China-Tajikistan mengekalkan perkembangan secara pesat dan sihat sejak ikatan diplomatik dijalin 32 tahun lalu.

Ia turut menyaksikan lonjakan jalinan daripada kejiranan baik kepada perkongsian strategik komprehensif sehingga menjadi model hubungan sesama tetangga.


Beliau menyatakan dua negara membina kesalingpercayaan politik yang kukuh dan sokong-menyokong dalam isu melibatkan kepentingan teras satu sama lain, sementara kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) membuahkan hasil memberangsangkan.


Xi berharap dapat bersinergi dengan Presiden Emomali Rahmon untuk membuat perancangan baharu berhubung perkembangan hubungan China-Tajikistan dalam situasi baharu, sekali gus melonjakkan kolaborasi segenap aspek ke tahap lebih tinggi.