Tetamu Asing Kagumi Pembangunan Pesat di Xizang

2024-07-05 14:54:49  CRI
Share with:

Para tetamu asing yang menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa "Trans-Himalaya" Xizang China Ke-4 yang diadakan di pekan Lulang pada 3 hingga 5 Julai dilaporkan mengagumi pembangunan tempatan yang pesat. 

Forum yang bertemakan "Simbiosis Manusia dengan Alam dalam Suasana Harmoni, Kongsikan Hasil Pembangunan dan Kerjasama" yang diadakan di pekan pelancongan antarabangsa tersebut telah menyaksikan penglibatan lebih 130 tetamu dari belasan negara dan rantau dalam sejumlah sesi perbincangan membabitkan pemeliharaan ekologi, perlindungan kebudayaan dan perkembangan pelancongan.