Xishan, Lubuk Pengeluaran Motosikal Elektrik China

2024-07-05 16:01:57  CRI
Share with:

Industri motosikal elektrik di daerah Xishan bandar Wuxi di provinsi Jiangxu menduduki satu pertiga keseluruhan landskap kebangsaan.


Produk yang ringan, mudah, berkecekapan tinggi dalam penjimatan tenaga dan mesra alam yang dihasilkan di "lubuk pengeluaran motosikal elektrik China" ini, mendapat sambutan baik dalam kalangan pengguna dari dalam dan luar negara.


Kini, pemain industri motosikal elektrik di Xishan mempergiatkan inovasi dan penaiktarafan pada aspek penghasilan dan penjualan, iaitu berusaha membaharui produk dan mencipta teknologi sambil secara aktif meneroka pasaran di seberang laut untuk beransur-ansur membentuk rangkaian penjualan yang bertaraf dunia.