Aktiviti Pertukaran Budaya China-Tajikistan Dilancar di Dushanbe

2024-07-06 15:57:25  CRI
Share with:

Aktiviti pertukaran budaya China-Tajikistan anjuran Kumpulan Media China (CMG) berlangsung di Istana Nauruz di Dushanbe pada Jumaat, sempena lawatan Presiden Xi Jinping ke negara Asia Tengah itu.


Program liputan bersama media dua negara 'Seeing China Together' turut dilancarkan secara serentak.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya pada majlis perasmian berkata memorandum kerjasama yang ditandatangani antara CMG dengan Jawatankuasa Radio dan Televisyen Nasional Tajik pada Mei 2023 dimasukkan dalam dokumen hasil pertemuan pemimpin China-Tajikistan.


Siri filem dan drama bersiri terbitan CMG turut ditayangkan di Tajikistan tidak lama dahulu.


Selain itu, Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) kendalian CMG akan menjemput wartawan media arus perdana Tajikistan datang melawat China bagi membantu meningkatkan pertukaran dan persahabatan sesama rakyat dua negara.


Menteri Budaya Tajikistan Matlubahon Sattoriyon, Pengerusi Jawatankuasa Radio dan Televisyen Nasional Tajik Nuriddin Said, bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) Rashid Alimov dan ketua Agensi Berita Khovar Tajikistan Subhiddin Shamsiddinzoda turut hadir menyampaikan ucapan pada majlis perasmian acara berkenaan.