Xi Arah Usaha Habis-habisan Bantu Mangsa Daik Pecah

2024-07-06 14:56:12  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping mengarahkan supaya segala usaha habis-habisan dilakukan untuk menyelamat dan membantu mangsa yang terjejas akibat daik pecah di provinsi Hunan.


Sebuah daik di Tasik Dongting, pekan Tuanzhou, bandar Yueyang dilaporkan pecah pada petang Jumaat, menyebabkan kawasan terbabit ditenggelami air bah.


Semua penduduk tempatan berjaya dipindahkan ke tempat yang selamat.