Xi Bertemu Presiden Tajikistan

2024-07-06 14:09:20  CRI
Share with:

China bersedia mengembangkan perkongsian strategik komprehensif dalam era baharu dengan Tajikistan dan membina komuniti berkongsi nasib sesama negara pada titik permulaan yang lebih tinggi.


Presiden China Xi Jinping membuat kenyataan itu semasa perbincangan bersama rakan sejawatnya dari Tajikistan Emomali Rahmon di Dushanbe pada Jumaat.

 

Xi berkata China sudi berkongsi pengalaman dan peluang pembangunan dengan Tajikistan, mendorong penyelarasan strategi pembangunan masing-masing serta memperkasa usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Selain meningkatkan lagi kualiti dan skala kerjasama ekonomi dan dagangan, dua negara harus mengoptimumkan kolaborasi kesalinghubungan serta memperdalam kerjasama membabitkan pertanian dan sumber mineral utama.

 

Antara bidang kerjasama yang boleh diterokai adalah berkenaan tenaga baharu, ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), e-dagang dan sebagainya, tambah Xi.