Xi, Rahmon Rasmikan Bangunan Parlimen dan Kerajaan di Dushanbe

2024-07-06 13:54:01  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping dan Presiden Tajikistan Emomali Rahmon bersama-sama menghadiri majlis perasmian bangunan parlimen dan kerajaan yang dibina atas bantuan China di Dushanbe, petang Jumaat.


Xi menyatakan siapnya dua bangunan itu akan menambah baik kondisi kerja parlimen dan kerajaan Tajikistan, sekali gus menjadi mercu tanda baharu yang melambangkan kerjasama muhibah antara China dan Tajikistan. 


China bersedia bersinergi dengan Tajikistan untuk melaksanakan lebih banyak projek kerjasama dan memberi sumbangan lebih besar kepada pembangunan sosioekonomi negara itu.