Xi Akhiri Lawatan ke Tajikistan

2024-07-06 14:12:44  CRI
Share with:



Presiden China Xi Jinping berangkat pulang ke tanah air dari Dushanbe pada pagi Sabtu dengan menaiki pesawat khas selepas mengakhiri lawatan rasmi ke Tajikistan.

 

Xi berkata lawatan berkenaan menyaksikan pertemuan bersejarah diadakan pemimpin kedua-dua negara, yang bakal mengemudi perkembangan perkongsian strategik komprehensif China-Tajikistan dalam era baharu untuk jangka masa panjang.

 

Menurut Xi, beliau bersedia bekerjasama dengan rakan sejawatnya Emomali Rahmon untuk memantapkan hubungan dua negara ke arah masa depan lebih cerah.