NDRC Peruntukkan RMB200 Juta Tangani Bencana
2024-07-08 11:45:36 CRI
Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China (NDRC) memperuntukkan dana sebanyak RMB200 juta (RM129.57 juta) untuk menyokong kerja pemulihan kecemasan di sekolah, hospital, kemudahan pencegahan bah dan tali air di kawasan yang dilanda bencana banjir di provinsi Hunan dan Jiangxi, pada 6 Julai.
Dana itu antara lain juga akan digunakan untuk memulihkan kehidupan normal di kawasan terjejas bencana dengan secepat mungkin.
Setakat pukul 9.00 pagi Isnin, daik yang rosak sepanjang 138.5 meter di Tasik Dongting provinsi Hunan sudah dibaiki, manakala bakinya 87.5 meter dijangka akan diselesaikan menjelang tengah hari Selasa.