Xi Utus Tahniah kepada Gabenor Baharu Kepulauan Solomon

2024-07-08 11:30:15  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus perutusan tahniah kepada Sir David Vunagi atas pelantikannya sebagai Gabenor Kepulauan Solomon pagi tadi.


Xi menyatakan, tahun ini menandakan ulang tahun kelima hubungan diplomatik antara China dan Kepulauan Solomon.


“Dalam tempoh lima tahun yang lalu, kedua-dua negara terus memupuk  rasa saling percaya dalam bidang politik, mencapai hasil yang memerangsangkan dalam kerjasama praktikal, dan saling menyokong dalam isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan teras dan keprihatinan utama  masing-masing demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.


“Saya menumpukan kepada perkembangan hubungan China-Kepulauan Solomon, dan bersedia bekerjasama dengan Gabenor untuk melonjakkan perkongsian strategik komprehensif China-Kepulauan Solomon ke tahap yang baharu bagi memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” kata Xi.