Kenderaan Terdaftar 440 Juta Unit, Pemandu Berlesen 532 Juta Orang di China

2024-07-08 15:56:00  CRI
Share with:

Setakat akhir Jun 2024, kenderaan yang terdaftar di China berjumlah 440 juta unit, antaranya automobil 345 juta unit yang termasuk kenderaan elektrik bateri (BEV) 24.72 juta unit. Sementara itu, pemandu kenderaan yang berlesen berjumlah 532 juta orang termasuk 496 juta orang pemandu automobil.


Demikian ditunjukkan statistik yang dikeluarkan Kementeri Keselamatan Awam China pada Isnin.


Dimaklumkan, kenderaan yang terdaftar mencapai 16.8 juta unit, dan seramai 13.97 juta orang mendapat lesen memandu pada setengah tahun pertama 2024. 


Selain itu, terdapat 96 buah bandar di negara China yang mempunyai lebih sejuta unit automobil yang terdaftar. Bandar Chengdu, Beijing dan Chongqing masing-masing mempunyai lebih 6 juta, manakala Shanghai, Suzhou dan Zhengzhou 5 juta lebih.