PM China Utus Tahniah kepada PM Baharu Britain

2024-07-08 15:03:26  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Qiang mengutus perutusan tahniah kepada Keir Starmer yang baru menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Britian pada Ahad.


Li Qiang berkata, sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan entiti ekonomi utama di dunia, China dan Britain boleh memanfaatkan peningkatan koordinasi dan kerjasama bilateral yang dipercayai selaras dengan kepentingan kedua-dua pihak dan kondusif bagi masyarakat antarabangsa berintegriti menangani cabaran global.


“Kerajaan China menumpukan kepada hubungannya dengan Britain dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan Britain penggal baharu untuk meningkatkan rasa saling percaya dalam bidang politik, memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan, merancakkan pertukaran dalam bidang sosiobudaya bagi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi di negara masing-masing,  malah mengukuhkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran dunia,” kata Li.