Suhu Udara Global Lebih Tinggi 1.5 Darjah Celsius Berbanding Tempoh 1850-1900

2024-07-08 15:06:22  CRI
Share with:

Agensi Pemantauan Iklim Kesatuan Eropah mengeluarkan satu kenyataan pada Isnin yang mengatakan bahawa setakat Jun lalu, suhu udara global direkod lebih tinggi 1.5 darjah Celsius secara puratanya daripada yang tercatat pada masa sebelum Zaman Industralisasi (tahun 1850-1900) untuk 12 bulan berturut-turut.