Pembangunan China Amat Menakjubkan - Kata Presiden Peru
Presiden Peru, Dina Boluarte berkata pembangunan yang pesat di China amat menakjubkan dan negaranya bersedia meningkatkan kerjasama khususnya sains dan teknologi dengan negara Tembok Besar ini.
Baru-baru ini, Boluarte telah melakukan lawatan sulungnya ke China sejak beliau menyandang jawatan presiden Peru. Dalam jadual tiga hari itu, beliau sempat berkunjung ke empat bandar.
Di Shenzhen, destinasi pertama dalam lawatannya di China, Boluarte kagum melihat pembangunan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) serta kemajuan inovasi sains dan teknologi.
Teknologi dan pelan solusi bagi kota pintar, pendidikan, pengangkutan dan tenaga amat menarik minat beliau. Sementara pelbagai teknologi canggih kenderaan tenaga baharu (NEV) juga mendapat pujian tinggi Boluarte.
Presiden Peru itu berpeluang berkunjung ke syarikat BYD dan Huawei di Shenzhen.
"Teknologi digital telah merangkumi hampir kesemua sektor termasuk perubatan, pertanian, pendidikan, serta penyelesaian ekonomi dan perdagangan. Ini amat menakjubkan.
"Saya juga kagum melihat syarikat automibil di Shenzhen mampu menghasilkan kenderaan elektrik (EV) sendiri dengan seratus peratus. EV tidak akan melepaskan karbon, baik untuk Bumi kita dan ini patut menjadi sasaran Peru," kata beliau.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 terjalinnya perkongsian komprehensif China- Komuniti Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) dan Forum China-CELAC.
Presiden China, Xi Jinping mengibaratkan hubungan kedua-dua pihak sebagai “kapal komuniti berkongsi nasib”.
Boluarte yakin negara-negara CELAC akan menganggap China sebagai teladan baik.
"Oleh itu, saya rasa CELAC harus mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas beberapa inisiatif anjuran Presiden Xi dan memperkasakan kerjasama tersebut," kata Boluarte.