AS Dikutuk Lakukan Pengintipan Sewenang-wenangnya Dalam Talian

2024-07-09 15:39:03  CRI
Share with:

Pelaksanaan skim pengintipan dan penggodaman anjuran kerajaan Amerika Syarikat (AS) tanpa berhenti hanya akan menjadikan negara itu semakin cepat kehilangan reputasi dan kredibilitinya di persada dunia.


Demikian dinyatakan 91.7 peratus peserta dalam satu tinjauan pendapat umum yang dilancarkan CGTN dalam dunia siber, susulan satu laporan khas yang dikeluarkan bersama oleh Pusat Pengurusan Kecemasan Virus Komputer Negara China, Makmal Kejuruteraan Negara untuk Teknologi Pencegahan dan Kawalan Virus Komputer serta Kumpulan Keselamatan Digital 360 pada tiga bulan yang lalu.


Laporan terbabit mendedahkan bahawa Operasi "Volt Typhoon" yang dirancangkan dan dilancarkan oleh beberapa banyak pertubuhan AS bertujuan untuk menghasut apa yang disebut "ancaman serangan siber China", sekali gus melanjutkan penguatkuasaan fasal 702 yang termaktub dalam Akta Pengawasan Perisikan Negara Asing, dan memperkukuh pengintipan serta penggodaman di dalam dan luar negeri.


Menurut 91.3 peratus peserta dalam tinjauan pendapat umum CGTN itu, fasal 702 yang termaktub dalam Akta Pengawasan Perisikan Negara Asing yang menetapkan bahawa institusi perisikan dan penguatkuasa negara AS boleh menuntut pemain industri telekomunikasi berkongsi dengannya semua data dan maklumat peribadi milik pengguna, adalah tidak rasional dan tidak sah. Selain itu, 94.4 peratus responden berterus terang bahawa "inilah tingkah laku perisikan yang terang-terangan". Manakala, 92.1 peratus menyifatkan perbuatan AS itu pencabulan terhadap kedaulatan dan keselamatan negara lain.


Dalam tinjauan pendapat umum itu, 92.8 peratus responden menganggap Washington mengekalkan amalan hegemoni dengan memanfaatkan kemajuannya dalam bidang teknologi. Sebanyak 95.7 peratus mengkritik kerajaan AS melakukan "dwistandard" dalam isu keselamatan negara, dan 95.7 peratus mengecam perbuatan hegemoni itu dengan dalih "keamanan negara".


Dimaklumkan, terdapat seramai 86,000 pelayar internet yang telah keluar mengundi dalam dua tinjauan umum CGTN yang dilancarkan dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia.