Tibanya Musim Petik Anggur di Turpan
2024-07-09 11:34:37 CRI
Tanaman buah anggur di kawasan seluas lebih 42,000 hektar telah memasuki tempoh masak di bandar Turpan, wilayah Xinjiang, susulan suhu udara meningkat pada mutakhir ini.
Golongan petani tempatan kelihatan sibuk memetik dan membungkus hasil tanaman berkenaan untuk memastikan bekalan pasaran.
Difahamkan, Turpan merancang untuk menjual anggur segar seberat 500,000 tan sepanjang tahun ini, dan musim petik buah anggur akan berlarutan sehingga September nanti.