CMG Keluarkan Dokumentari Tinjauan Ekologi "Ren'ai Jiao: Teardrop of the Nansha Qundao"
Voice of the South China Sea di bawah Kumpulan Media China (CMG) mengeluarkan satu dokumentari sebagai yang pertama mengenai tinjauan terhadap ekologi di perairan Ren 'ai Jiao, yang berjudul "Ren'ai Jiao: Teardrop of the Nansha Qundao" pada Isnin.
Dokumentari itu dihasilkan berdasarkan "Laporan Tinjauan terhadap Ekosistem Terumbu Karang yang Terkesan Akibat Kehadiran Kapal Perang yang 'Bersarang' di Ren'ai Jiao" yang disusun bersama oleh Pusat Ekologi Laut China Selatan dan Institut Pengembangan Laut China Selatan di bawah Kementerian Sumber Alam China.
Seawal pada bulan April, sepasukan peninjau ekologi maritim yang profesional yang terdiri daripada saintis China pernah menjalankan tinjauan selama dua bulan terhadap Ren 'ai Jiao yang merupakan sebahagian Nansha Qundao dan mendapati bahawa sejak satu kapal perang milik Filipina yang sudah uzur yang sengaja “bersarang” di perairan Ren'ai Jiao pada tahun 1999, ekosistem di terumbu karang tersebut yang melibatkan kepelbagaian, kestabilan dan kelestarian biologi terjejas teruk.
Dokumentari tersebut menyeru masyarakat antarabangsa menggesa pihak Filipina memandu kapal perangnya keluar dari perairan Ren'ai Jiao dengan serta merta demi keindahan dan ketenteraman terumbu itu.
Saluran penyiaran untuk dokumentari itu merangkumi Stesen Televisyen Pusat China (CCTV) versi Eropah, Asia, dan Amerika, Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dan rangkaian CCTV.