Teknologi Pintar Pastikan Pengairan Efektif di Xinjiang

2024-07-09 14:34:01  CRI
Share with:

Kawasan penanaman kapas di Bazhou, wilayah Xinjiang mencapai lebih daripada tiga juta hektar pada tahun ini, dan kerja pengairan akan berterusan sehingga akhir bulan Ogos nanti. 


Menurut ramalan, jumlah bekalan air dari kawasan aliran Sungai Tarim akan mencapai 8.5 bilion meter padu dan ia akan menjadi jaminan kukuh bagi pengairan sepanjang musim panas ini.

Di kampung Daxi, petani telah mengendalikan kemudahan pengairan pintar melalui telefom bimbit. Begitu juga usaha pembajaan.


Injap pengairan pintar mampu menyesuaikan pelan pengairan mengikut pertumbuhan kapas. Cara ini boleh menjimatkan kos dan 100-150 meter padu air bagi setiap hektar.